SUPERMOKH-SENTIASA DI KENANG
Walaupun keluarganya tidak begitu mewah, Mokhtar Dahari diberi peluang untuk menyertai Victoria Institution di Kuala Lumpur supaya dapat mewakili mereka dalam sukan bola sepak.
Mokhtar diberi peluang untuk mewakili skuad muda Selangor apabila beliau berusia 18 tahun dalam Piala Burnley sebelum dipromosikan ke skuad senior dalam kempen Piala Malaysia - penyerang itu menjaringkan 9 gol. Dua bulan kemudian, beliau diberi peluang untuk mewakili skuad kebangsaan dan Malaysia memasuki apa yang dianggap sebagai zaman kegemilangan bola sepak.
Walaubagaimanapun motorsikal Mokhtar telah dicuri beberapa bulan selepas itu dan gajinya yang kecil sebagai seorang kerani dengan PKNS bermakna beliau tidak boleh ke sesi latihan atau perlawanan tanpa kenderaan sendiri. Selangor FA bekerjasama dengan para penyokong dan mula mengumpul dana untuk beliau. Sebuah syarikat motorsikal akhirnya menghadiahkan beliau sebuah motor supaya dapat meneruskan perjuangan dalam sukan kesayangannya. Hasil sumbangan Mokhtar, Malaysia menang pingat pertama sukan bola sepak dalam Sukan Asia dan telah merangkul trofi Piala Merdeka selepas menewaskan Korea Selatan dan Jepun.
Mokhtar bertemu Zarina, 16 tahun pada masa itu, untuk kali pertama apabila beliau ke Kota Bharu untuk perlawanan bola sepak. Mereka berkawan selama tujuh tahun sebelum Mokhtar akhirnya mengahwini isterinya.
Apabila ditanya oleh Isterinya jika beliau akan bermain untuk pasukan lain yang menawarkan faedah yang lebih lumayan, Mokhtar menjawab: "Saya hidup dan mati untuk Selangor."
Mokhtar telah menolak permintaan doktor untuk diletakkan di hospital apabila mengalami demam tinggi kerana akan bertemu Singapura pada keesokan harinya. Penyerang bintang itu menyertai juga perlawanan itu dan berjaya menjaringkan gol. Mokhtar kemudian memberi persembahan yang tidak boleh dilupai dalam sejarah bola sepak Malaysia apabila bertemu dengan Arsenal - pasukan Harimau Malaya benam Gunners 2-0, kedua-dua gol hasil jaringannya.
Mokhtar kembali dari kecederaan meniscus untuk benam Burma 5-0 dalam sukan SEA dan mencatatkan kemenangan paling terkenal untuk Malaysia pada masa itu apabila menjaringkan gol penyamaan lepas penjaga gol 'England B' Joe Corrigan.
Kecederaan meniscus yang dialami Mokhtar menjejas persembahannya dan keadaan semakin teruk apabila para peminat mula mengkritiknya. Apabila Selangor tewas dalam perlawanan, Mokhtar akan menangis dan meluahkan kekecewaan kepada isterinya kerana sedih melihat para peminat yang terpaksa bertahan dalam cuaca hujan lebat.
Malangnya tiada yang memahami dan keluarganya menjadi mangsa keadaan.
Mokhtar mengutamakan keluarganya dan berkata bahawa kariernya akan berakhir jika peminat mula melemparkan cacian kepada keluarganya. Mokhtar juga telah membuat keputusan untuk menamatkan karier di persada antarabangsa dan mendedahkan bahawa "bola sepak bukan lagi perlawanan yang bersih".
Tetapi Mokhtar telah dipujuk untuk kembali mewakili negaranya selepas hanya 11 bulan dan membantu mereka merangkul kejuaraan di Sukan SEA hasil gol tunggal dalam perlawanan akhir.
Mokhtar kembali untuk menolong Selangor menang 10 trofi Piala Malaysia dalam 14 tahun. Pada tahun 1986, Johor berjaya menewaskan Selangor dalam perlawanan akhir Piala Malaysia dan Mokhtar bertekad untuk menebus kekecewaannya dan bersara dengan kejayaan - Selangor benam Johor 6-1 dalam perlawanan akhir dan Mokhtar memberi Sultan Sharafuddin jersi nombor 10 beliau sebagai tanda persaraan.
SuperMokh kemudian membuat keputusan untuk menolong pemain muda tetapi beliau mengalami beberapa insiden yang memaksa beliau untuk bertemu doktor - beliau telah didiagnosiskan dengan penyakit Motor Nueron Disease (MND).
Mokhtar Dahari meninggal pada 11 Julai 1991 pada usia 37 tahun.
sumber:http://www.foxsports.my/