300x250 AD TOP

Followers

Blog Archive

Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 18 Mei 2014

Tagged under: ,

Lagi Penyokong Merusuh

LAGI PENYOKONG MERUSUH..



Perlawanan antara Osasuna dan Real Betis dalam kempen Liga Sepanyol terhenti sebentar kerana perbuatansebilangan penyokong yang merusuh.

View image on TwitterKejadian itu bermula hanya kira-kira beberapa minit setelah Oriol Riera menjaringkan gol pertama untuk Osasuna pada minit ke 12.

Perlawanan terpaksa di tunda hampir 35 minit setelah pagar stadium di bahagian selatan runtuh di rempuh penyokong.Tindakan itu terpaksa di ambil bagi menjaga keselamatan.

Osasuna mengesahkan bahawa pihak Navarra Red Cross telah mengusung keluar 10 para penyokong termasuk seorang yang berusia 66 tahun.
Sembilan yang lain berusia 16 hingga 40 tahun dan terdiri dari penyokong lelaki dan wanita. Secara keseluruhan 58 yang lain mengalami kecederaan ringan.
Pihak stadium kemudian menjalankan proses memperbaiki bahagian yang runtuh dan perlawanan diteruskan sebaik sahaja pengadil berpuas hati dengan keselamatan para penyokong.

Perlawanan diteruskan semula oleh pengadil dan Osasuna menang 2-1 tetapi masih gagal untuk kekal di puncak liga.