300x250 AD TOP

Followers

Blog Archive

Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 9 Mei 2014

Tagged under:

CITY HAMPIRI KEJUARAAN

MAN. CITY HAMPIRI KEJUARAAN.



Manchester City semakin menghampiri kejuaraan Liga Perdana England menurut pengurusnya Manuel Pellegrini.

Keyakinan itu hadir setelah pasukannya menewaskan Aston Villa 4-0,awal pagi semalam di Stadium Ehtihad.

Manchester City hanya memerlukan satu mata pada perlawanan terakhir nanti menentang West Ham United pada hari Ahad ini.

"Sekarang, baru kita boleh bercakap mengenai (kejuaraan) liga kerana jika kami menang pada aksi akan datang (menentang West Ham), City akan menjadi juara.
"Saya fikir ia akan menjadi satu aksi yang cukup penting kerana bukan sekadar gelaran liga tetapi cara memenangi liga musim ini dengan penuh bergaya.
"Saya turut fikir bahawa kami memiliki gaya permainan tersendiri.
"Malah, saya fikir bahawa City adalah salah satu pasukan yang cukup menarik. Kami telah menjaringkan banyak gol dan sentiasa menambah jaringan dalam perlawanan.
"Pada pendapat saya, sikap itu sangat penting untuk memenangi kejuaraan liga pada musim ini.
"Saya berharap kami dapat mengekalkan prestasi cemerlang ini ketika menentang West Ham dan saya sangat gembira kerana dapat membimbing kelab ini dengan persembahan menghiburkan," ujarnya. -