PENYOKONG MATI DIBALING DENGAN MANGKUK TANDAS.

Recife (Brazil): Seorang peminat bola sepak terbunuh gara-gara penyokong lawan membaling mangkuk tandas kepadanya selepas satu perlawanan liga, menurut media Brazil kelmarin.
Paulo Ricardo Gomes da Silva, 26, meninggal dunia Jumaat lalu di stadium dalam daerah utara bandar Recife yang juga salah satu gelanggang Piala Dunia yang akan berlangsung bulan depan.

Keluarganya sedang mempertimbangkan tindakan perundangan diambil terhadap kelab Santa Cruz yang menyebabkan insiden itu berlaku.
Pengerusi Santa Cruz, Antonio Luiz Neto menegaskan kelab itu sudah mengambil semua langkah pencegahan termasuklah menjarakkan kedudukan penyokong dan memberi jarak masa 15 minit bagi penyokong berlainan untuk keluar stadium.
Stesen televisyen Brazil menunjukkan rakaman video Da Silva yang dibaling di bahagian kepala dan jatuh hingga menyebabkan ramai penyokong lari dalam keadaan panik. - AFP