PENGHARGAAN BUAT RYAN GIGGS,BERSARA.
Ferguson, yang menandatagani Giggs pada tahun 1990, hari jadi ke 17nya, memuji kerjayanya sebagai pemain yang paling menyerlah dalam sejarah United.
Sir Alex Ferguson dan ikon lain telah memberi penghargaan kepada bekas pemainnya Ryan Giggs yang akan bersara sebagai pemain.
Beliau memberi mesej dalam video laman rasmi United: "Kerjaya yang mengagumkan - perlawanan yang anda mewakili kami, trofi yang dimenangi, sumbangan kepada pemain muda dan kepada saya dan jurulatih yang lain."
Satu lagi rakan sepasukan, Gary Neville, rasa yang rekod 13 trofi Liga PErdana, dua Liga Juara Juara, tiga Piala FA dan dua Piala Liga tidak akan dipecahkan.
Neville berkata: "Tahniah kepada anda dan segala pencapaian anda di kelab ini. Ia mengagumkan dan saya rasa rekod pencapaian anda tidak akan dipecahkan."
Rakan sepasukan Giggs David Beckham juga memberi penghargaannya: "Anda adalah pemain yang setia kepada sukan ini, tetapi apa yang lebih penting adalah kesetiaan anda kepada Manchester United. Kami semua bangga - para pneyokong Manchester United mencintai anda."
Bekas penolong pengurus Mike Phelan yakin bahawa Giggs bersedia untuk tanggungjawab barunya.
Phelan berkata: "Ryan adalah anggota setia Manchester United, hari ini adalah hari yang baik kerana beliau bersara apabila berusia 40 tahun.
"Kerjayanya amat mengagumkan dan kini beliau mampu memberi tumpuannya kepada babak baru dalam kerjayanya yaitu sebagai pelatih dan pengurus.
"Beliau mempunyai pengalaman yang banyak dan amat dihormati.
"Saya rasa tanggungjawab sebagai pengurus adalah sesuatu yang baik baginya."
Presiden FIFA Sepp Blatter juga memberi penghargaan kepada Giggs melalui akaun Twitter: "Ryan Giggs bersara. Kerjaya yang mengagumkan bagi seorang pemain lagenda yang seria kepada ManUnited 963 perlawanan. 34 trofi. 1 kelab."