300x250 AD TOP

Followers

Blog Archive

Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 20 Mei 2014

Tagged under: ,

LION XII 2-3 JDT

LION XII 2-3 JDT



Pasukan harimau selatan Johor Darul Takzim (JDT) berjaya bbangkit dan mencetak kemenangan di tempat lawan menentang LION XII di Stadium Jalan Besar,Singapura malam tadi.

3 mata berjaya di raih JDT berikuta kemenangan 3-2 ke atas LION XII
dalam saingan Liga Super menjadikan kedudukannya di tempat ketiga berkongsi mata dengan Pahang,29 mata.Pahang di tempat kedua kerana kelebihan satu jaringan.

Bagi LION XII ini merupakan kekalahan yang ke tujuh di bawah kendalian lagenda Singapura,Fandi Ahmad dan mereka kekal di tangga ke lapan dengan 21 mata.

Tirai jaringan di buka oleh pemain tuan rumah pada mnit ke 38 setelah pemain sayap mereka Muhammad Faris Ramli memperdayakan pertahanan JDT,S.Subramaniam sebelum menolak bola ke gawang menewas penjaga gol JDT Mohd Izham Tarmizi Roslan.

Tiga minit kemudian, Zulfahmi Arifin menggandakan kedudukan untuk Lions XII selepas menyempurnakan sepakan percuma cantik yang menerjah ke penjuru kiri gol JDT.

Pemain import baharu dari Argentina, Jorge Pereyra Diaz mengurangkan defisit jaringan untuk JDT pada minit ke-43 sebelum Luciano Figueroa menyamakan kedudukan menjadi 2-2 pada minit ke-55 menerusi sepakan penalti.

Sepakan itu diberikan pengadil, Nazmi Nazaruddin selepas pemain JDT mendakwa bola mengenai tangan pemain pertahanan Lions XII, Muhammad Afiq Yunos di dalam kawasan penalti.

Diaz muncul wira skuad 'Harimau Selatan' selepas menjaringkan gol peribadi kedua perlawanan pada minit ke-75 untuk membolehkan mereka meraih tiga mata berharga.


Perlawanan seterusnya JDT akan bertandang ke Stadium Shah Alam,Jumaat ini menentang pendahulu liga Selangor.LION XII pula akan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di laman sendiri.