300x250 AD TOP

Followers

Blog Archive

Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 22 Mei 2014

Tagged under: ,

Juve Kekalkan Antonio Conte

JUVE KEKALKAN ANTONIO CONTE.



Pengurus yang berusia 44 tahun itu meraikan kemenangan Scudetto ketiga berturut-turut dengan rekod 102 mata musim ini.
Conte, yang telah menggantikan Luigi Delneri pada Mei 2011, telah menyatakan bahawa beliau ingin cabaran baru tetapi kenyataan dari Juve semalam mengesahkan masa depannya di Turin.
Tweet dari akaun rasmi Juve berkata: "Musim 2014/15: pengurus Antonio Conte."
Bekas pemain midfield Bianconeri itu menyaksikan pasukannya menewaskan Cagliari 3-0 di Stadium Juventus pada akhir minggu di mana mereka munculsebagai satu-satunya kelab Itali yang berjaya menang kesemua 19 perlawanan di padang sendiri.
Kejohanan mereka dalam Serie A terjamin dua minggu lalu dan mereka mengakhiri musim 17 mata di hadapan kelab di tangga kedua Roma.
Conte pernah dikaitkan dengan Manchester United sebagai pengganti David Moyes di Old Trafford sebelum pengurus Belanda Louis van Gaal dilantik.
Pengesahan dari Juve itu juga bermakna kini tiada pengganti bagi Cesare Prandelli sebagai pengurus Itali jika beliau tidak kekal selepas Piala Dunia.
Laporan di Itali telah menyatakan bahawa pihak pengurusan Juve mungkin sasar pengurus Sampdoria Sinisa Mihajlovic jika Conte berpindah.

sumber:http://www.foxsports.my/