300x250 AD TOP

Followers

Blog Archive

Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 17 Mei 2014

Tagged under: ,

Blatter Akui Silap Pilih.

BLATTER AKUI SILAP PILIH.



Presiden FIFA Sepp Blatter mengakui tersilap apabila memilih Qatar sebagai tuan rumah Piala Dunia 2022.

Menurutnya,laporan teknikal menyatakan suhu terlalu panas di Qatar tidak sesuai tetapi wakil eksekutif badan itu telah mengundi Qatar.

Blatter turut menyatakan kemungkinan yang Piala Dunia pada tahun itu di mainkan dalam musim sejuk,bukannnya musim panas.

Dalam kenyataannya kepada televisyen Switzerland RTS,"Ya,ia satu kesilapan dan hidup ini tidak lari dari melakukan kesilapan.

"Walaupun laporan teknikal Qatar menyatakan yang suhu di Qatar terlalu panas tetapi badan eksekutif FIFA telah mengundi negara tersebut."

"Tiada isu membeli hak oleh Qatar untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia untuk tahun itu"

"Tidak,saya tidak katakan ianya hak yang boleh dibeli.Cuma ianya dari aspek politikal sahaja."


FIFA juga telah mengeluarkan kenyataan yang menerangkan bahawa Blatter tidak menyoal hak Qatar sebagai tuan rumah.
"Seperti yang diterangkan kepada wartawan itu, presiden kami hanya menyatakan bahawa ia adalah satu kesilapan besar untuk mengadakan Piala Dunia pada musim panas setelah mengambil kira laporan teknikal.
"Beliau tidak pernah menyoal pilihan Qatar sebagai negara tuan rumah Piala Dunia 2022."
Blatter juga menyatakan bahawa beliau ingin terus kekal sebagai presiden FIFA walaupun telah mengatakan pada tahun 2011 bahawa beliau tidak akan kekal selepas 2015.
Blatter menambah: "Saya telah menyatakan bahawa saya ingin terus bekerja dan masih bersemangat lagi."