Benarkah Darby direhatkan,bukan di pecat?

KOTA BHARU - Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Azman Ibrahim menjelaskan Steve Darby direhatkan buat sementara waktu dari tugasnya sebagai ketua jurulatih The Red Warriors.
Azman berkata, bagaimanapun nasib Darby akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa pasukan yang dijangka diadakan tidak lama lagi.
Menurutnya, Kafa telah menghantar sepucuk surat kepada Darby bagi memaklumkan perkara tersebut.
"Selain itu, kami juga perlu mengadakan pertemuan dengan Darby bagi menyelesaikan perkara tersebut untuk mengelakkan timbul sebarang isu selepas ini," katanya.
Beliau berkata demikian apabila ditanya isu pemecatan Darby yang diumumkan oleh Penasihat Kafa, Tan Sri Annuar Musa menerusi entri di akaun Facebook miliknya dua hari lalu.
Utusan Malaysia yang memetik makluman Annuar itu kelmarin melaporkan Kafa mengambil tindakan drastik itu berkuat kuasa selepas pasukan dibimbingnya diaibkan 0-4 oleh Sime Darby dalam aksi Liga Super Selasa lalu.
Darby ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini menjelaskan bahawa dia menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.
Darby sebelum ini dikritik hebat oleh penyokong setia Kelantan gara-gara percaturan taktikal yang digunakannya tidak sesuai sehingga menjejaskan corak permainan pasukan.
Kelab Penyokong The Red Warriors Kota Bharu (TRW KB) paling lantang mengkritik pengendali kelahiran Liverpool, England itu dan mendesak Kafa segera menyingkirkannya daripada melatih TRW.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140418/su_04/Darby-direhatkan-bukan-dipecat#ixzz2zJY3tHp1
© Utusan Melayu (M) Bhd